- January 16, 2020
- System Admin SCM
- Campaign has ended
- Botanic Town, Klang, Selangor
Persatuan Cina Muslim Malaysia atau Malaysian Chinese Muslim Association (MACMA) ialah sebuah NGO berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia pada 8 September 1994.
Cadangan pembinaan sebuah masjid bereka bentuk dan bercirikan seni bina Cina telah dirancang oleh Jabatan Agama Islam Negeri Selangor (JAIS), Jabatan Kerja Raya Selangor, MACMA dan agensi berkaitan sejak 20 Disember 2017.
Cadangan Masjid bereka dan bercirikan seni bina Cina telah dipersembahkan buat pertama kali kepada DYMM Sultan Sharafu Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sulatan Salahuddin Abdul Aziz Shah AlHaj pada 28.11.2018 di Istana Bukit Kayangan dan telah diperkenankan pada 7 Mei 2019/2 Ramadan 1440H. Masjid Cina ini telah diberi nama Masjid Jamek Cina Muslim Klang.
Masjid ini terletak di Bandar Botanik, Klang, Selangor dengan keluasan 2.98 ekar yang boleh menampung sehingga 1,000 jemaah. Masjid ini adalah masjid ke lima (5) bercirikan seni bina Cina di Malaysia selain di Kelantan, Perak, Melaka dan Negeri Sembilan.
Konsep perancangan Masjid ini ialah berasaskan paksi pusat dengan pembahagian ruang-ruang yang jelas dengan penggunaan ‘courtyard’. Ia mempunyai satu Menara Masjid yang unik bercirikan seni bina Cina dan dilengkapi dengan dewan solat dimana berbumbungkan Jubin tradisional Cina, kawasan taman boleh dijadikan ruang solat tambahan, penggunaan unsur kayu didalam ruang solat utama dan tulisan kaligrafi gaya Cina menghiasi ruang mihrab. Disamping itu, kemudahan perpustakaan, bilik-bilik kuliah, pejabat pengurusan, bilik imam, bilik persinggahan, kedai cenderamata dan restoran juga akan diadakan.
Kos pembinaan Masjid ini dianggarkan sebanyak RM30 juta dan pembinaan masjid akan dibangunkan oleh Jabatan Kerja Raya Sealngor. Kerajaan Selangor akan membiayai sebahagian kos pembinaan Masjid manakala selebihnya hendaklah daripada MACMA melalui kutipan dan sumbangan orang ramai.
Our Donors:
Unit 1003, Block A, Phileo Damansara 1 No. 9, Jalan 16/11, Off Jalan, 46350 Copyright © 2021 - masjidcinaselangor.com.my
Leave Your Comments